Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Isnin, 5 Ogos 2013

Ramadhan: Persiapan Raya.... Raya dah dekat wehhhhh



Syawal bakal menjelma tidak lama je lagi. Pejam celik pejam celik tinggal lagi 3 hari kita semua bakal meraikan 1 Syawal, Insyaallah.


Dah sediakan semua keperluan raya? Daripada pakaian raya, hidangan untuk tetamu hingga hiasan rumah semuanya kalau boleh nak serba cantik kalaupun tak serba baru yer tak???? Tak kisah le macam mana pun janji jangan sampai membazir udah le ek. Gaji lambat lagi tau heheh. Tu untuk orang-orang yang makan gaji le. Orang-orang macam saya lak... Tak kerja tak der gaji lagi haru hukhuk...


Macam saya ni dek kerana sedar diri heheh so preparation ala kadar je saban tahun. Baju anak-anak je yang jadi keutamaan yang biasanya saya prepare sebelum puasa lagi. Baju kitarang akhir sekali hehe. Dah pueh dulu so bagi chance le kat anak-anak pulak.


Untuk juadah raya pun kitarang dah pikir dari awal. Cukup le kuih raya 3-4 jenis dan jenis kerepek pun 2-3 jenis je. Keluarga kecil macam kami nih kalau beli banyak-banyak kang membazir pulak. Kerepek leh le beli lebih sikit sebab yang tu memang jadi pilihan seisi keluarga. Tapi jenis yang simple mimple je macam kuih bunga ros atau kerepek pisang tanduk.


Rancang awal-awal ni bukan apa... Takut kang bila dah tengok aneka rupa kuih-kuih raya yang mengiurkan tu risau pulak tangan ni terlajak ambil. Kalau dah tetapkan sedari awal tak le terjerumus hahaha. Tapi biasanya 2 jenis memang dah tetap saban tahun. Tart Nenas, Biskut Makmur tu dah wajib bagi kami. Favorite tuuuu.... Dua jenis lagi kitarang tukar-tukar ikut keadaan semasa. Nak gak hidangkan kuih raya yang berlainan dari tahun lepas.


Bagi kedua-dua biskut kegemaran kami nih, selalunya kami ambil dari tempat yang sama saban tahun. Mungkin kurang macam tu gak kan. Ambil dari orang lain takut kang tahap piawaiannya tak sampai kang naya. Dah le kita melabur bukan sedikit untuk setiap jenis biskut tu. Saya kalau tart tu ada gak le buat sendiri sebab resepinya yang saya ada mantop gak tapi makmur walaupun dah ada resepinya dan pernah mak sedara cuba buat guna resepi yang saya ada ni menjadi sedap tapi saya sendiri tak berani nak cuba. Entah kenapa tapi mungkin sebab orang kata nak buat kuih makmur susah sangat tu yang tak der berani heheh. Tapi tahun ni beli je la sebab semua orang kat rumah ni sakit-sakit belaka.



Juadah berat pun penting gak untuk raya nanti. Dah pilih menu untuk dihidangkan nanti? Insyaallah raya pertama kami akan buat Lontong jer. Resepinya.. Check kat sini. Alah resepi mudah-mudah untuk orang yang nak mudah macam saya heheh... Tapi yang tu resepi kuah lontong/lodehnya yer. Kat situ gak saya linkkan dah ke Resepi Nasi Impit dan Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis 2 Puteri yang enak...


Yang saya pilih lontong nih bukan apa.. Terasa lengkap le sikit sebab ada sayurnya, nasinya dan lauknya dalam satu hidangan. Nak buat pun mudah heheh (tu yang utama hahah). Dah makan ketupat le, lemang la so bila kawinkan dengan lontong yang ada sayur nih terasa seimbang le sikit hidangan heheh. Boleh gitu hahah.


Ketupat, lemang dan rendang memang dah wajib ada atas meja. Kang tak raya namanya yer tak heheh. So jemput le ke rumah kot sudi heheh...


So saya nak ambil kesempatan kat sini buat yang dah nak balik kampung dalam sehari dua lagi tu... Berhati-hati le memandu nanti yer. Sebelum berangkat tu pastikan kereta dah well maintenance, keperluan yang nak dibawa balik dah siap letak satu tempat supaya tak kelam kabut nanti dan duit raya dah ada heheh.


Selamat Hari Raya buat yang dah nak pulang beraya tu dan selamat memandu yer... Moga perjalanan korang selamat pergi dan balik.


Kami??? Kami tak ke mana-mana. Biasa le mak ayah dekat-dekat belaka so saban tahun raya pertama di rumah sendiri dulu. Than bergerak gi rumah mak ayah di Kubu Gajah, Semanggol. Duduk lebih kurang 3-4 jam lepas lawat sanak saudara belah Mr Hb kitarang bergerak pulak ke rumah mak di Kampung Pauh, Bukit Gantang. Macam tu gak le aktiviti kitarang. Malam balik rumah tidur. Raya kedua pun lebih kurang macam tu heheh. Nak buat macam mana dah dekat. Pergi balik tak kisah sehari berapa kali pun hahahha.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...